Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

07 March 2010

:: Puncanya...Saya kah? ::

Petikan ini dari Berita Harian..ermm betul jugak apa yg diperkatakan...tetapi syarikat berkenan jugak yang takut mengambil org sebegini utk bekerjaa..sbb apa?bimbang Kos Pengeluaran lebey byk dr Kos Pendapatan..Beranilah..amek org sebigini bekerja mungkin kita belum tau apa kelebihan yg tersembunyi dr org tue...
-----------------------------------------------------------
4 PUNCA UTAMA GRADUAN SUKAR DAPAT PEKERJAAN

Kajian talian pengendali kerja, Jobstreet.com tahun lalu yang disertai 250 syarikat kerajaan dan swasta mengenal pasti empat punca utama yang menyukarkan graduan mendapatkan pekerjaan pada masa kini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia kerana graduan gagal untuk mempamerkan kemahiran insaniah mereka yang meliputi empat perkara penting iaitu komunikasi, nilai dan etika, kepemimpinan serta pemikiran kritis.

"Tanpa kemahiran insaniah ini, graduan kita tidak mungkin mampu untuk bersaing di pasaran kerja yang amat mencabar pada hari ini. Menyedari kepentingannya, kementerian mengambil pelbagai tindakan dan strategi untuk memastikan kemahiran itu dapat diterapkan di kalangan graduan supaya mereka mampu bersaing.

"Di antara langkah awal yang diambil kementerian ialah pelaksanaan kemahiran insaniah di kalangan pelajar melalui kursus kokurikulum berkredit di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya ketika berucap merasmikan seminar sehari Amalan Terbaik Kemahiran Insaniah di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kemahiran insaniah melalui kursus kokurikulum berkredit itu dapat dijalankan dengan berkesan, kementerian akan melancarkan bengkel 'Training of Trainers' (TOT), pada 12 Mac ini.

Beliau berkata, tiga elemen penting yang akan menjadi fokus utama dalam bengkel itu ialah aspek kandungan, kaedah penyampaian dan kaedah penaksiran.

"Untuk melancarkan perjalanan bengkel ini, kementerian bersetuju untuk melantik Pusat Kokurikulum UPM sebagai pejabat pengurusan operasi (OMO)," katanya.

"Bagaimanapun, kita harus akui bahawa pelaksanaan kemahiran insaniah di kalangan graduan tidak boleh disandarkan kepada penawaran kursus kokurikulum berkredit saja malah IPTA juga perlu melaksanakan usaha lain," katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Mohamed Khaled menggesa lebih banyak industri tempatan supaya memberi peluang kepada graduan menjalani latihan amali di syarikat masing-masing.

"Saya sudah banyak kali menekankan bahawa industri juga perlu menyediakan lebih banyak tempat untuk membolehkan graduan menjalani latihan amali dan ia tidak seharusnya bertumpu kepada bidang tertentu saja.

"Hari ini pihak industri hanya cakap bahawa graduan tidak menepati kemahuan industri tetapi mereka tidak mendedahkan golongan terbabit kepada dunia pekerjaan," katanya.

(BERITA HARIAN)

0 Merepek: