Erm..tah apa apa lah perangai manusia sekarang neyh!!! Mcm2...bukan sikap sabar separuh daripada IMAN tue patut ada dalam diri memasing??Napa bertindak mengikut hati tanpa akal yang pintar??Kalu ada kecederaan yg teruk mcmana??Nak kembali balik ker kejadian berdarah tue...Bawaklaa bersabar dan bertenang!!! Kita neyh patut pikir barangkali setiap musibah itu satu petanda amaran pada diri kita...bukan pada org lain!!
Apa yg kita lalai selama ini..Bukannya bertindak mengikut em0si yang tak berasas tue...Kalu nak 'fight' sgt..tunjukkan lah kebijaksanaan kita..bukan kejahilan kita yang tak berasas tanpa memikirkan undang2 dan kebajikan org yg lain!!Kadang kala musibah tue dapat dikirakan sebagai 'lucky' untuk kita beringat ingat!!!
Kita kene beringatlaa sebelum terkene!!Bukan dah kene baru nak terngadah...dari sekaranglaa kita mesti ada benteng dan senjata kita..bukan senjata M-16 tuh haaa!!!Tapi DOA dan AMALAN KITA!!!Ishhhh...org tua pun mcm budak2..jgnlaa nak asyik marah kan bdk2 padahal kita tak tunjukkan c0nt0h yg baik!!Muka bertalam talam!!Aduiii...xpaham aku!!Mintak bertenang tue bukan bermaksud duduk senyap mcm pelanduk mabuk!!! Maknanya...kene laaa berpikir untuk kebaikan bersama dan ketenangan bumi bersama!!Dun be selfish laa!!
Hhuhuuu...xtau napa aku cukup em0si sekarang!!Maybe aku malu k0t napa laa leh ada kejadian yg pendek akal mcm neyh...kang dibuatnya mereka balas balik bakar MASJID lak...time kita tengah SOALT JEMAAH tak ker naya??!!!Lagi lah haru beb!!Nak kata tue kategori jihad pun tak leyh sbb apa??kita yang naya org dulu!!Hormatilahh agama yang lain..sungguh pun kita tahu kejahilan mereka.Gunakan kasih sayang dan perhatian dan bertimbang rasa sesama kita...Insyaallah semuanya akan terbuka..jgn bertindak sebegini..nnati mereka pikir kita neyh pengganas antarabangsa...kang tak pasal pasal jadi mcm AFGHANISTAN...BOSNIA kang!!!
Kredit: Mr.S ^_^ selamat bertugas!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu, 2010 Januari 09
GEREJA TERBAKAR DIBALING BOM PETROL DI KUALA LUMPUR DAN PETALING JAYA
KUALA LUMPUR 8 Jan 2010 - Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.
Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.
Dua lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Jalan Templer Petaling Jaya dan Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafi cakap-cakap yang mendakwa ada lagi gereja yang menjadi sasaran. Ianya ekoran khabar angin yang mendakwa sebuah gereja di Kampung Subang turut jadi sasaran.
Polis juga menafikan khabar angin yang mendakwa kenderaan yang memaparkan simbol Katholik, telah dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali di Bangsar.
Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.
Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.
Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bahan api ke dalam bangunan gereja.
Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.
Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.
"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.
"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.
Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.
Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.
Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.
Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.
0 Merepek:
Post a Comment