Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

30 January 2010

:: Hukum rokok ::

Aku amek dari sebuah artikel blog neyh..http://sahabatmusleem.blogspot.com.
^_^ nak k0ngsi dgn sesapa yg singgah kat blog aku hihii ^_^ perkara mcm neyh dah banyak kali diterangkan dan banyak kali dibangkitkan..lagi lagi time nak p0se... ^_^ Apa yang penting kita tau kita ikut Mazhab yang mana...yang dah ditetapkan ^_^ 0tey??

Click Me~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf...Sekadar perkongsian.Di dalam rokok itu mengandungi bahan yang haram.Walaupun jika ia tidak memudaratkan pada sebilangan orang tetapi maka ia menjadi haram kerana mengandungi bahan yang haram.

Maka jawabnya sebenarnya alim ulama’ sudah menyatakan pendapat mereka dalam masalah ini dan sememangnya berlaku khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama’ – ulama’. Maka kita tidak lah perlu bergaduh dengan masalah ini . Jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan haram maka tidak mengapa jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan makruh juga tidak mengapa.

Tapi bukan semua masalah kita boleh pilih mana - mana pendapat yang kita suka , contohnya dalam masalah bersentuh lelaki dan perempuan , ada ulama' yang mengatakan batal wudhuk dan ada ulama' yang mengatakan tidak batal wudhuk maka dalam masalah khilaf ulama dalam masalah wudhuk' ini kita kena ikut mazhab yang kita amalkan. Jika orang yang guna mazhab syafi'e maka apabila dia bersentuh perempuan contohnya isterinya maka batallah wudhuknya. Sebenarnya dalam masalah-masalah feqah ini kita kena belajar , nak terangkan dalam mesej ni pun tak cukup , kena belajar barulah kita tahu .

Mengenai masalah rokok ini , ulama' - ulama' sudah menyatakan pendapat - pendapat mereka. Pendapat yang paling kuat ialah pendapat mazhab Hambali iaitu haram dan pendapat yang kedua ialah makruh , ini adalah pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’e , itupun jika tidak memudaratkan kesihatan pada masa terdekat contohnya jika apabila merokok terus sahaja sakit dada atau batuk - batuk atau seumpamanya yang berlaku dalam masa terdekat disebabkan merokok itu maka apabila perkara ini berlaku, hukumnya kembali kepada mazhab hambali iaitu haram . Inilah jawapan yang dijawab oleh ulama’- ulama’.

Jika ada orang yang ilmunya lebih tinggi dari allim ulama' dan tidak setuju atau tidak mahu terima pendapat ulama’ maka cubalah keluarkan fatwa sendiri . Sememangnya alim ulama’ tidak akan sesuka hati mengeluarkan sesuatu pendapat melainkan ia berdasarkan al-Quran dan hadith . Perkara - perkara yang berlaku perbezaan pendapat antara ulama' - ulama' kita tidak perlu persoalkan , terima sahaja . Wallahu 'alam .

Sumber: Al-Azhar Ad Din

0 Merepek: