Kebarangkalian hal-hal remeh-temeh yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, hari akan datang dan pada hari yang telah berlalu.. Pasti membawa seribu satu makna yang tersendiri.. Di situlah termaktub sebuah coret-coretan perjalanan hidup kita..

Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki.
Glitter Words

15 February 2011

:: Kenapa Perlu Takut ::

Bila kita sudah berada di tahap yang selesa
Kita tentu tak nak bertukar ke mana-mana
Bila kita sudah berada di halaman harm0ni
Kita sudah tentu merasakan kebebasan

Untuk melangkah maju ke hadapan
Kita harus berani BERHIJRAH
Tidak kira masa & tempat
Yang penting kita mesti pandai jaga diri
Dan sentiasa mengingat-Nya

Untuk mencapai sesuatu
Kita mesti membuka langkah supaya maju
Kita mesti berani melangkaui sesuatu dengan berani
Bukan untuk keselesaan
Tetapi untuk keberanian dalam diri
Untuk membuang benteng ketidakteguhan di dalam diri

Beringatlah dunia ini dipenuhi makhluk Tuhan
Dari mana ia datang
Di situ jugalah ia kembali
Kenapa perlu takut akan BERHIJRAH
Kita mempunyai DIA yang sentiasa memerhatikan kita
Kenapa perlu takut dengan keadaan itu

Mengembaralah sehingga ke negara China sekalipun
Ambil ia sebagai cabaran !!!!
Jangan tutup cabaran itu
Bila Tuhan sudah membantu kita haruslah menyelesaikannnya
Jangan bermain tarik tali !!!
Hidup ini mmg banyak TEKANAN
Itu sbb wujudnya satu pegangan dalam hidup kita
^_^

0 Merepek: